Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!

Lepaskan...

Jika kita berjalan sambil membawa seguni beras, tentulah terasa beratnya. Berbanding jika tiada.  Tentunya kita berlenggang sahaja. Umpama sekumpulan itik, pulang petang. Seguni beras yang kita pikul itu, tentunya akan kita letakkan di suatu tempat.  Ini kerana, kita ada destinasi yang khusus. Sedar dan tahu, arah yang hendak dituju. Kita jelas sebabnya. Kecuali kita ini gila tahap 5, suka-suka pikul seguni beras...hahaha. (Dalam novel-novel karangan Andrea Hairata, bisa ditemukan gila yang ada 44 tahap. Semakin kecil nombornya, semakin gila, gilanya) Sebenarnya tanpa kita sedari, seumur hidup kita berjalan di atas muka bumi, kita juga membawa beban bersama. Beban apa? Beban perasaan. Ya...marah, sedih, kecewa, rasa dikhianati, dibuli, dan segala bentuk perasaan yang mencalarkan hati...meresahkan jiwa. Beban rasa ini, bukan sahaja boleh memudaratkan fizikal malah perasaan dan minda. Maka belajarlah untuk memaafkan.  Maafkan diri sendiri. Maafkan i...

Carilah hikmah di sebalik ujian Part 1

Penghujung tahun 2008 saya disahkan mengandung. Setelah 3 perempuan, kami berharap kali ini adalah lelaki. Suatu petang, sebelum saya pulang ke rumah, saya menyinggah ke tandas. Ada lendir berwarna coklat. Sebaik keluar dari tandas, saya bercerita dengan seorang kawan. "U pergi kliniklaaaa. Tapi itu tanda kurang baik aaaaa." Dalam pelat cinanya. Tanpa membuang masa saya terus memecut ke klinik bersalin swasta yang berhampiran. Sementara menunggu, saya perbanyakkan istighfar. Apabila tiba giliran, saya melangkah dengan penuh harapan. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor menjemput saya duduk. "Puan datang dengan siapa?" "Saya sorang." "Suami puan?" "Kerja." Lama juga doktor tersebut diam. Bahasa melayunya sangat fasih walaupun dia berbangsa cina. Apakah ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku? "Puan, hasil pemeriksaan didapati bahawa jantung bayi puan telah berhenti berdenyut. Hmmmmm....kalau ik...
Menangislah jika itu mampu melegakan... Sewaktu kecil, kita sering menangis. Adakalanya, tangisan tersebut tanpa sebab yang jelas. Suka-suka. Sekadar untuk menarik perhatian. Apabila meningkat remaja kemudian dewasa, kita semakin kurang menangis. Kenapa? Kerana menangis sering dikaitkan dengan  kelemahan, kekurangan dan tiada kecekalan di hati. Adakah ianya benar? Atau bagaimana? Sebenarnya, Tuhan yang menciptakan kita, sangat suka melihat kita menangis sambil merayu-rayu kepadanya. Merayu-rayu tentang kebutuhan hidup. Tidak kira sama ada kehidupan itu, kehidupan di sini mahupun kehidupan sesudah mati yang bersifat infiniti. Sehingga ada yang mencadangkan, jika awalnya kita tidak mampu mengalirkan air mata biar pun setitik...maka seharusnya berlakon sahaja. Lama kelamaan air mata itu, tidak mungkin bisa kau empang. Akan mengalir tanpa kau sedari. Air mata bukan simbol kepada kelemahan tetapi perlambangan kepada sebuah pergantungan harap ke...
KOSONG.....KOSONG...KOSONG. Pernah tak kita merasa sekali atau banyak kali dalam hidup.....kita rasakan segala-galanya kosong. Kita makan tapi....... apa yang dimakan tidak terasa pedas, masin mahu pun manis.  Yang dirangsang di lidah, yang melekat ditekak hanyalah rasa tawar. Kita minum.....sekalipun itu adalah ABC special .....yang lalu di tenggorok tiada sedapnya. Kita berjalan.....sekadar berjalan. itu pun kerana kita sudah maklum arah tujunya. Jika tidak, kita tidak mampu untuk menentukan destinasinya Kita berkata-kata......tapi butiran yang diperkatakan, kita sendiri pun tidak jelas maksudnya. Kerana itulah adalah skrip harian yang diulang bicara bertahun-tahun lamanya.