Skip to main content

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar.

Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh.

Kaunter yang beroperasi hanya satu.

"Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati.

Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang.

"Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri.

Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi...

Alhamdulillah...3x

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat.

Sekalipun kita adalah sang pendosa.

Sungguh terima kasih Allah!

Comments

Popular posts from this blog

KOSONG.....KOSONG...KOSONG. Pernah tak kita merasa sekali atau banyak kali dalam hidup.....kita rasakan segala-galanya kosong. Kita makan tapi....... apa yang dimakan tidak terasa pedas, masin mahu pun manis.  Yang dirangsang di lidah, yang melekat ditekak hanyalah rasa tawar. Kita minum.....sekalipun itu adalah ABC special .....yang lalu di tenggorok tiada sedapnya. Kita berjalan.....sekadar berjalan. itu pun kerana kita sudah maklum arah tujunya. Jika tidak, kita tidak mampu untuk menentukan destinasinya Kita berkata-kata......tapi butiran yang diperkatakan, kita sendiri pun tidak jelas maksudnya. Kerana itulah adalah skrip harian yang diulang bicara bertahun-tahun lamanya.

Lepaskan...

Jika kita berjalan sambil membawa seguni beras, tentulah terasa beratnya. Berbanding jika tiada.  Tentunya kita berlenggang sahaja. Umpama sekumpulan itik, pulang petang. Seguni beras yang kita pikul itu, tentunya akan kita letakkan di suatu tempat.  Ini kerana, kita ada destinasi yang khusus. Sedar dan tahu, arah yang hendak dituju. Kita jelas sebabnya. Kecuali kita ini gila tahap 5, suka-suka pikul seguni beras...hahaha. (Dalam novel-novel karangan Andrea Hairata, bisa ditemukan gila yang ada 44 tahap. Semakin kecil nombornya, semakin gila, gilanya) Sebenarnya tanpa kita sedari, seumur hidup kita berjalan di atas muka bumi, kita juga membawa beban bersama. Beban apa? Beban perasaan. Ya...marah, sedih, kecewa, rasa dikhianati, dibuli, dan segala bentuk perasaan yang mencalarkan hati...meresahkan jiwa. Beban rasa ini, bukan sahaja boleh memudaratkan fizikal malah perasaan dan minda. Maka belajarlah untuk memaafkan.  Maafkan diri sendiri. Maafkan insan-insan yan
Assalamualaikum wbt. Kenapa ujian menjadi fokus penulisan? Kerana......hidup di dunia ini adalah ujian. Di saat setiap manusia belum dilahirkan ke dunia.....semua manusia telah berjanji dengan TUHAN Maha Pencipta untuk sentiasa sembah taat kepada-NYA. Berjanji untuk sentiasa mendahului TUHAN dalam segala hal kehidupannya. Berikrar untuk setia....untuk patuh....untuk segala-galanya. Setelah janji diukir maka lahirlah manusia ke dunia ini. Maka sampailah saat dan ketikanya sembah taat setia manusia kepada TUHANnya diuji. Ingat ujian manusia adalah berbeza-beza. Namun, percaya dan yakinlah TUHAN itu menurunkan ujian tersebut mengikut kemampuan hamba-NYA iaitu manusia. Oops! Jangan meniru kertas ujian orang lain. nanti gagal pula. Hihihi.....tenang-tenang sahaja. Usah stress......jika kita ditimpa ujian ada 3 perkara penting yang boleh kita lakukan: 1. Ingat....ingat.....ingat.....bahawa ujian itu dari TUHAN maka mengadulah pada TUHAN. TUHAN itu Maha Mendengar maka mengadulah kepada-NYA