Skip to main content

Lepaskan...


Jika kita berjalan sambil membawa seguni beras, tentulah terasa beratnya. Berbanding jika tiada. 

Tentunya kita berlenggang sahaja. Umpama sekumpulan itik, pulang petang.

Seguni beras yang kita pikul itu, tentunya akan kita letakkan di suatu tempat. 

Ini kerana, kita ada destinasi yang khusus. Sedar dan tahu, arah yang hendak dituju. Kita jelas sebabnya.

Kecuali kita ini gila tahap 5, suka-suka pikul seguni beras...hahaha. (Dalam novel-novel karangan Andrea Hairata, bisa ditemukan gila yang ada 44 tahap. Semakin kecil nombornya, semakin gila, gilanya)

Sebenarnya tanpa kita sedari, seumur hidup kita berjalan di atas muka bumi, kita juga membawa beban bersama.

Beban apa?

Beban perasaan.

Ya...marah, sedih, kecewa, rasa dikhianati, dibuli, dan segala bentuk perasaan yang mencalarkan hati...meresahkan jiwa.

Beban rasa ini, bukan sahaja boleh memudaratkan fizikal malah perasaan dan minda.

Maka belajarlah untuk memaafkan. 

Maafkan diri sendiri.

Maafkan insan-insan yang pernah meremukkan perasaan kita.

Dan paling utama mendoakan mereka yang sedar atau tanpa sedar telah kita hancurkan hatinya, agar hati-hati insan ini menjadi lembut untuk memaafkan kita.

Let it go! Let it go!

Pastinya kau akan temui rasa kemujuran paling hebat.


Comments

Popular posts from this blog

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!
Assalamualaikum wbt. Kenapa ujian menjadi fokus penulisan? Kerana......hidup di dunia ini adalah ujian. Di saat setiap manusia belum dilahirkan ke dunia.....semua manusia telah berjanji dengan TUHAN Maha Pencipta untuk sentiasa sembah taat kepada-NYA. Berjanji untuk sentiasa mendahului TUHAN dalam segala hal kehidupannya. Berikrar untuk setia....untuk patuh....untuk segala-galanya. Setelah janji diukir maka lahirlah manusia ke dunia ini. Maka sampailah saat dan ketikanya sembah taat setia manusia kepada TUHANnya diuji. Ingat ujian manusia adalah berbeza-beza. Namun, percaya dan yakinlah TUHAN itu menurunkan ujian tersebut mengikut kemampuan hamba-NYA iaitu manusia. Oops! Jangan meniru kertas ujian orang lain. nanti gagal pula. Hihihi.....tenang-tenang sahaja. Usah stress......jika kita ditimpa ujian ada 3 perkara penting yang boleh kita lakukan: 1. Ingat....ingat.....ingat.....bahawa ujian itu dari TUHAN maka mengadulah pada TUHAN. TUHAN itu Maha Mendengar maka mengadulah kepada-NYA...