Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014
Masih lagi saya ingin berbicara tentang ujian....kenapa? Laaa....hidup ni kan ujian. Betul tak? Betul....betul....betul [macam upin ipin pulak] Siapa lulus ujian dari TUHAN.....masuk syurga. Yang gagal pula masuk api neraka. Itu janji TUHAN bukan saya. No....no....no...hihihi. Hari ini saya hendak bercerita tentang ujian terburu-buru dalam berbuat sesuatu perkara atau berkata-kata tentang sesuatu.  Sikap terburu-buru ini, kalau dicongak....dikira....didarab....ditambah mahupun dibahagi lebih banyak buruk dari baiknya. Sebab terburu-buru ini perangai syaitan. Iskh....tak kanlah kita nak jadi bff syaitan. Mintalah dijauhkan. Tapi sikap terburu-buru ni memang ada kat semua orang. termasuklah saya yang menulis ni....hihihi. Cumanya kita kena kawal. Usah biarkan sikap ini bermaharajalela dalam diri kita. Nahas nanti! Apabila kita ingin buat sesuatu atau cakap sesuatu, pastikan kita ada ilmu. Dengan ilmu yang ada....dengan izin TUHAN kita boleh tepis dari terjebak dengan
Assalamualaikum wbt. Kenapa ujian menjadi fokus penulisan? Kerana......hidup di dunia ini adalah ujian. Di saat setiap manusia belum dilahirkan ke dunia.....semua manusia telah berjanji dengan TUHAN Maha Pencipta untuk sentiasa sembah taat kepada-NYA. Berjanji untuk sentiasa mendahului TUHAN dalam segala hal kehidupannya. Berikrar untuk setia....untuk patuh....untuk segala-galanya. Setelah janji diukir maka lahirlah manusia ke dunia ini. Maka sampailah saat dan ketikanya sembah taat setia manusia kepada TUHANnya diuji. Ingat ujian manusia adalah berbeza-beza. Namun, percaya dan yakinlah TUHAN itu menurunkan ujian tersebut mengikut kemampuan hamba-NYA iaitu manusia. Oops! Jangan meniru kertas ujian orang lain. nanti gagal pula. Hihihi.....tenang-tenang sahaja. Usah stress......jika kita ditimpa ujian ada 3 perkara penting yang boleh kita lakukan: 1. Ingat....ingat.....ingat.....bahawa ujian itu dari TUHAN maka mengadulah pada TUHAN. TUHAN itu Maha Mendengar maka mengadulah kepada-NYA
UJIAN BUKAN SEKADAR WAKTU-WAKTU SUSAH TETAPI WAKTU YANG LAPANG JUGA UJIAN.    Sebagai manusia, kita sering menganggap ujian itu dari sudut yang negatif. Seperti wang yang tidak mencukupi, mungkin juga gagal dalam peperiksaan ataupun ditimpa sakit.      Ujian bukan sekadar itu, jika mempunyai masa sihat yang tidak dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah atau ke arah kebaikan.....itu juga adalah ujian. Solat yang tidak didirikan pada awal waktu tanpa alasan yang munasabah juga adalah ujian. Apatah lagi jika tidak solat.      Muhasabah diri.....dalam setiap keadaan agar kita benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.

Ujian itu tanda kasih sayang ALLAH swt untuk kita.

Assalamualaikum wrt wbt Hidup ini.....memang penuh dengan ujian. Namun ujian itu bukan untuk kita berasa bahawa hidup kita ini telah berakhir. Ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah swt buat hambaNYA. Maka teruskanlah hidup ini dengan sabar dan tabah. Dan teruslah untuk mengukir senyuman di bibir. Agar dengan itu segala kebaikan akan menjenguk di jendela kehidupan kita.