Skip to main content

Posts

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!
Recent posts

Lepaskan...

Jika kita berjalan sambil membawa seguni beras, tentulah terasa beratnya. Berbanding jika tiada.  Tentunya kita berlenggang sahaja. Umpama sekumpulan itik, pulang petang. Seguni beras yang kita pikul itu, tentunya akan kita letakkan di suatu tempat.  Ini kerana, kita ada destinasi yang khusus. Sedar dan tahu, arah yang hendak dituju. Kita jelas sebabnya. Kecuali kita ini gila tahap 5, suka-suka pikul seguni beras...hahaha. (Dalam novel-novel karangan Andrea Hairata, bisa ditemukan gila yang ada 44 tahap. Semakin kecil nombornya, semakin gila, gilanya) Sebenarnya tanpa kita sedari, seumur hidup kita berjalan di atas muka bumi, kita juga membawa beban bersama. Beban apa? Beban perasaan. Ya...marah, sedih, kecewa, rasa dikhianati, dibuli, dan segala bentuk perasaan yang mencalarkan hati...meresahkan jiwa. Beban rasa ini, bukan sahaja boleh memudaratkan fizikal malah perasaan dan minda. Maka belajarlah untuk memaafkan.  Maafkan diri sendiri. Maafkan insan-insan yan

Carilah hikmah di sebalik ujian Part 1

Penghujung tahun 2008 saya disahkan mengandung. Setelah 3 perempuan, kami berharap kali ini adalah lelaki. Suatu petang, sebelum saya pulang ke rumah, saya menyinggah ke tandas. Ada lendir berwarna coklat. Sebaik keluar dari tandas, saya bercerita dengan seorang kawan. "U pergi kliniklaaaa. Tapi itu tanda kurang baik aaaaa." Dalam pelat cinanya. Tanpa membuang masa saya terus memecut ke klinik bersalin swasta yang berhampiran. Sementara menunggu, saya perbanyakkan istighfar. Apabila tiba giliran, saya melangkah dengan penuh harapan. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor menjemput saya duduk. "Puan datang dengan siapa?" "Saya sorang." "Suami puan?" "Kerja." Lama juga doktor tersebut diam. Bahasa melayunya sangat fasih walaupun dia berbangsa cina. Apakah ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku? "Puan, hasil pemeriksaan didapati bahawa jantung bayi puan telah berhenti berdenyut. Hmmmmm....kalau ik
Menangislah jika itu mampu melegakan... Sewaktu kecil, kita sering menangis. Adakalanya, tangisan tersebut tanpa sebab yang jelas. Suka-suka. Sekadar untuk menarik perhatian. Apabila meningkat remaja kemudian dewasa, kita semakin kurang menangis. Kenapa? Kerana menangis sering dikaitkan dengan  kelemahan, kekurangan dan tiada kecekalan di hati. Adakah ianya benar? Atau bagaimana? Sebenarnya, Tuhan yang menciptakan kita, sangat suka melihat kita menangis sambil merayu-rayu kepadanya. Merayu-rayu tentang kebutuhan hidup. Tidak kira sama ada kehidupan itu, kehidupan di sini mahupun kehidupan sesudah mati yang bersifat infiniti. Sehingga ada yang mencadangkan, jika awalnya kita tidak mampu mengalirkan air mata biar pun setitik...maka seharusnya berlakon sahaja. Lama kelamaan air mata itu, tidak mungkin bisa kau empang. Akan mengalir tanpa kau sedari. Air mata bukan simbol kepada kelemahan tetapi perlambangan kepada sebuah pergantungan harap kepada
KOSONG.....KOSONG...KOSONG. Pernah tak kita merasa sekali atau banyak kali dalam hidup.....kita rasakan segala-galanya kosong. Kita makan tapi....... apa yang dimakan tidak terasa pedas, masin mahu pun manis.  Yang dirangsang di lidah, yang melekat ditekak hanyalah rasa tawar. Kita minum.....sekalipun itu adalah ABC special .....yang lalu di tenggorok tiada sedapnya. Kita berjalan.....sekadar berjalan. itu pun kerana kita sudah maklum arah tujunya. Jika tidak, kita tidak mampu untuk menentukan destinasinya Kita berkata-kata......tapi butiran yang diperkatakan, kita sendiri pun tidak jelas maksudnya. Kerana itulah adalah skrip harian yang diulang bicara bertahun-tahun lamanya.
Masih lagi saya ingin berbicara tentang ujian....kenapa? Laaa....hidup ni kan ujian. Betul tak? Betul....betul....betul [macam upin ipin pulak] Siapa lulus ujian dari TUHAN.....masuk syurga. Yang gagal pula masuk api neraka. Itu janji TUHAN bukan saya. No....no....no...hihihi. Hari ini saya hendak bercerita tentang ujian terburu-buru dalam berbuat sesuatu perkara atau berkata-kata tentang sesuatu.  Sikap terburu-buru ini, kalau dicongak....dikira....didarab....ditambah mahupun dibahagi lebih banyak buruk dari baiknya. Sebab terburu-buru ini perangai syaitan. Iskh....tak kanlah kita nak jadi bff syaitan. Mintalah dijauhkan. Tapi sikap terburu-buru ni memang ada kat semua orang. termasuklah saya yang menulis ni....hihihi. Cumanya kita kena kawal. Usah biarkan sikap ini bermaharajalela dalam diri kita. Nahas nanti! Apabila kita ingin buat sesuatu atau cakap sesuatu, pastikan kita ada ilmu. Dengan ilmu yang ada....dengan izin TUHAN kita boleh tepis dari terjebak dengan
Assalamualaikum wbt. Kenapa ujian menjadi fokus penulisan? Kerana......hidup di dunia ini adalah ujian. Di saat setiap manusia belum dilahirkan ke dunia.....semua manusia telah berjanji dengan TUHAN Maha Pencipta untuk sentiasa sembah taat kepada-NYA. Berjanji untuk sentiasa mendahului TUHAN dalam segala hal kehidupannya. Berikrar untuk setia....untuk patuh....untuk segala-galanya. Setelah janji diukir maka lahirlah manusia ke dunia ini. Maka sampailah saat dan ketikanya sembah taat setia manusia kepada TUHANnya diuji. Ingat ujian manusia adalah berbeza-beza. Namun, percaya dan yakinlah TUHAN itu menurunkan ujian tersebut mengikut kemampuan hamba-NYA iaitu manusia. Oops! Jangan meniru kertas ujian orang lain. nanti gagal pula. Hihihi.....tenang-tenang sahaja. Usah stress......jika kita ditimpa ujian ada 3 perkara penting yang boleh kita lakukan: 1. Ingat....ingat.....ingat.....bahawa ujian itu dari TUHAN maka mengadulah pada TUHAN. TUHAN itu Maha Mendengar maka mengadulah kepada-NYA