Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!
Jika kita berjalan sambil membawa seguni beras, tentulah terasa beratnya. Berbanding jika tiada. Tentunya kita berlenggang sahaja. Umpama sekumpulan itik, pulang petang. Seguni beras yang kita pikul itu, tentunya akan kita letakkan di suatu tempat. Ini kerana, kita ada destinasi yang khusus. Sedar dan tahu, arah yang hendak dituju. Kita jelas sebabnya. Kecuali kita ini gila tahap 5, suka-suka pikul seguni beras...hahaha. (Dalam novel-novel karangan Andrea Hairata, bisa ditemukan gila yang ada 44 tahap. Semakin kecil nombornya, semakin gila, gilanya) Sebenarnya tanpa kita sedari, seumur hidup kita berjalan di atas muka bumi, kita juga membawa beban bersama. Beban apa? Beban perasaan. Ya...marah, sedih, kecewa, rasa dikhianati, dibuli, dan segala bentuk perasaan yang mencalarkan hati...meresahkan jiwa. Beban rasa ini, bukan sahaja boleh memudaratkan fizikal malah perasaan dan minda. Maka belajarlah untuk memaafkan. Maafkan diri sendiri. Maafkan i...