Skip to main content

Masih lagi saya ingin berbicara tentang ujian....kenapa? Laaa....hidup ni kan ujian. Betul tak? Betul....betul....betul [macam upin ipin pulak]

Siapa lulus ujian dari TUHAN.....masuk syurga. Yang gagal pula masuk api neraka. Itu janji TUHAN bukan saya. No....no....no...hihihi.

Hari ini saya hendak bercerita tentang

ujian terburu-buru dalam berbuat sesuatu perkara atau berkata-kata tentang sesuatu. 

Sikap terburu-buru ini, kalau dicongak....dikira....didarab....ditambah mahupun dibahagi lebih banyak buruk dari baiknya. Sebab terburu-buru ini perangai syaitan. Iskh....tak kanlah kita nak jadi bff syaitan. Mintalah dijauhkan.

Tapi sikap terburu-buru ni memang ada kat semua orang. termasuklah saya yang menulis ni....hihihi. Cumanya kita kena kawal. Usah biarkan sikap ini bermaharajalela dalam diri kita. Nahas nanti!

Apabila kita ingin buat sesuatu atau cakap sesuatu, pastikan kita ada ilmu. Dengan ilmu yang ada....dengan izin TUHAN kita boleh tepis dari terjebak dengan sikap terburu-buru. 

Seorang guru pernah berpesan kalau hendak cakap sesuatu fikir dahulu jangan laju lidah dari otak nanti badan yang susah. Begitu juga dengan tindakan....pasti merana badan.

Man....man le.....hahaha itu kata-kata kengkawan kita yang berbangsa tionghua. Jadilah seperti ubi kayu....semakin lama semakin berisi. Kumpullah segala ilmu di dada. Setelah itu, barulah bercakap dan bertindak.

Saya ingin kongsikan sesuatu dengan pembaca yang budiman.....kata-kata ini sangat berkesan di hati. Menusuk ke kalbu. Berbekas di jiwa. Kata-kata dari seorang teman tentang sikap terburu-buru.

"Engkau pasti melihat aku seperti seorang insan yang pemalas. Insan yang tiada motivasi. Insan yang tiada wawasan. Insan yang tidak mampu menanggung risiko" tuturnya kepadaku sambil memandang tepat ke mataku. Aku hanya mampu tersenyum kelat.
 "Percaya atau tidak...terserah. Tapi aku bukan yang seperti disangkakan. Pengalaman mengajar aku untuk tidak terburu-buru." bicaranya terus meyakinkan. Aku pula terus terkulat-kulat.
"Dahulu aku pun sering terburu-buru. Baik berbuat sesuatu mahupun berkata sesuatu. Dengan ilmu yang cetek. Juga pemikiran yang dangkal. Serta sikap takbur yang tinggi melangit. Aku suka terburu-buru. Akhirnya, aku diuji dengan keburu-buruan itu." temanku itu kata-katanya terhenti. Menarik nafas yang sarat dengan kepedihan. Aku cuba untuk mengerti. Mampukah aku? Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang memikul.
"Saat ujian itu dihempas ke atas diriku.....aku keseorangan. Ada teman tapi sekadar mendengar. Ada kawan tapi sekadar itu......sekadar ini...." sekali lagi temanku itu memutuskan kata-katanya secara tiba-tiba. Seperti sebentar tadi.....menarik nafas dan menghelanya dengan keluhan kecil yang hampir sahaja aku tidak mendengarnya. Tapi cukup membuatkan aku berasa empati.
"Untunglah saat itu aku ada TUHAN. TUHAN YANG MAHA MENDENGAR." nada suaranya berbaur kesyukuran yang tinggi melangit.
"Lantas sejak itu, apa pun yang ingin aku lakukan atau katakan.....mesti ada isyarat dari TUHAN. Selagi lampu hijau dari TUHAN tidak berkelip-kelip.....aku senang dan tenang untuk menjadi seperti ini. Seperti aku seadanya." temanku tersenyum puas. Dan aku berusaha menghadam kata-katanya untuk aku jadikan azimat.

 
 
 













Comments

Popular posts from this blog

Menangislah jika itu mampu melegakan... Sewaktu kecil, kita sering menangis. Adakalanya, tangisan tersebut tanpa sebab yang jelas. Suka-suka. Sekadar untuk menarik perhatian. Apabila meningkat remaja kemudian dewasa, kita semakin kurang menangis. Kenapa? Kerana menangis sering dikaitkan dengan  kelemahan, kekurangan dan tiada kecekalan di hati. Adakah ianya benar? Atau bagaimana? Sebenarnya, Tuhan yang menciptakan kita, sangat suka melihat kita menangis sambil merayu-rayu kepadanya. Merayu-rayu tentang kebutuhan hidup. Tidak kira sama ada kehidupan itu, kehidupan di sini mahupun kehidupan sesudah mati yang bersifat infiniti. Sehingga ada yang mencadangkan, jika awalnya kita tidak mampu mengalirkan air mata biar pun setitik...maka seharusnya berlakon sahaja. Lama kelamaan air mata itu, tidak mungkin bisa kau empang. Akan mengalir tanpa kau sedari. Air mata bukan simbol kepada kelemahan tetapi perlambangan kepada sebuah pergantungan harap ke...

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!
UJIAN BUKAN SEKADAR WAKTU-WAKTU SUSAH TETAPI WAKTU YANG LAPANG JUGA UJIAN.    Sebagai manusia, kita sering menganggap ujian itu dari sudut yang negatif. Seperti wang yang tidak mencukupi, mungkin juga gagal dalam peperiksaan ataupun ditimpa sakit.      Ujian bukan sekadar itu, jika mempunyai masa sihat yang tidak dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah atau ke arah kebaikan.....itu juga adalah ujian. Solat yang tidak didirikan pada awal waktu tanpa alasan yang munasabah juga adalah ujian. Apatah lagi jika tidak solat.      Muhasabah diri.....dalam setiap keadaan agar kita benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.