Skip to main content
Assalamualaikum wbt.

Kenapa ujian menjadi fokus penulisan?

Kerana......hidup di dunia ini adalah ujian. Di saat setiap manusia belum dilahirkan ke dunia.....semua manusia telah berjanji dengan TUHAN Maha Pencipta untuk sentiasa sembah taat kepada-NYA. Berjanji untuk sentiasa mendahului TUHAN dalam segala hal kehidupannya. Berikrar untuk setia....untuk patuh....untuk segala-galanya.

Setelah janji diukir maka lahirlah manusia ke dunia ini. Maka sampailah saat dan ketikanya sembah taat setia manusia kepada TUHANnya diuji. Ingat ujian manusia adalah berbeza-beza. Namun, percaya dan yakinlah TUHAN itu menurunkan ujian tersebut mengikut kemampuan hamba-NYA iaitu manusia.

Oops! Jangan meniru kertas ujian orang lain. nanti gagal pula. Hihihi.....tenang-tenang sahaja. Usah stress......jika kita ditimpa ujian ada 3 perkara penting yang boleh kita lakukan:

1. Ingat....ingat.....ingat.....bahawa ujian itu dari TUHAN maka mengadulah pada TUHAN. TUHAN itu Maha Mendengar maka mengadulah kepada-NYA. Haaaa.....elakkan mengadu kepada yang mendengar....siapa lagi manusialah. Bahaya yang ni. Tapi inilah yang selalu manusia lakukan. Iskh....iskh....iskh salah tu.

2. Senyum.....senyum....senyum. Dengan senyum, manusia lain akan berfikir kita tiada masalah [ujian]. Maka aura yang baik itu pasti kembali kepada kita.

3. "Smart"......jiwa smart......hadapi ujian dengan tenang kerana kita tahu TUHAN sentiasa ada untuk kita. "Smart" minda.......sentiasa berfikiran positif, bahawa hidup ini ada waktu senang dan ada waktu susah. "Smart" fizikal.....pakailah pakaian yang paling cantik....berwangi-wangian. 

Okaylah itu sahaja untuk hari ini..... 



Comments

Popular posts from this blog

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!

Lepaskan...

Jika kita berjalan sambil membawa seguni beras, tentulah terasa beratnya. Berbanding jika tiada.  Tentunya kita berlenggang sahaja. Umpama sekumpulan itik, pulang petang. Seguni beras yang kita pikul itu, tentunya akan kita letakkan di suatu tempat.  Ini kerana, kita ada destinasi yang khusus. Sedar dan tahu, arah yang hendak dituju. Kita jelas sebabnya. Kecuali kita ini gila tahap 5, suka-suka pikul seguni beras...hahaha. (Dalam novel-novel karangan Andrea Hairata, bisa ditemukan gila yang ada 44 tahap. Semakin kecil nombornya, semakin gila, gilanya) Sebenarnya tanpa kita sedari, seumur hidup kita berjalan di atas muka bumi, kita juga membawa beban bersama. Beban apa? Beban perasaan. Ya...marah, sedih, kecewa, rasa dikhianati, dibuli, dan segala bentuk perasaan yang mencalarkan hati...meresahkan jiwa. Beban rasa ini, bukan sahaja boleh memudaratkan fizikal malah perasaan dan minda. Maka belajarlah untuk memaafkan.  Maafkan diri sendiri. Maafkan i...
Menangislah jika itu mampu melegakan... Sewaktu kecil, kita sering menangis. Adakalanya, tangisan tersebut tanpa sebab yang jelas. Suka-suka. Sekadar untuk menarik perhatian. Apabila meningkat remaja kemudian dewasa, kita semakin kurang menangis. Kenapa? Kerana menangis sering dikaitkan dengan  kelemahan, kekurangan dan tiada kecekalan di hati. Adakah ianya benar? Atau bagaimana? Sebenarnya, Tuhan yang menciptakan kita, sangat suka melihat kita menangis sambil merayu-rayu kepadanya. Merayu-rayu tentang kebutuhan hidup. Tidak kira sama ada kehidupan itu, kehidupan di sini mahupun kehidupan sesudah mati yang bersifat infiniti. Sehingga ada yang mencadangkan, jika awalnya kita tidak mampu mengalirkan air mata biar pun setitik...maka seharusnya berlakon sahaja. Lama kelamaan air mata itu, tidak mungkin bisa kau empang. Akan mengalir tanpa kau sedari. Air mata bukan simbol kepada kelemahan tetapi perlambangan kepada sebuah pergantungan harap ke...