Skip to main content

Ujian itu tanda kasih sayang ALLAH swt untuk kita.


Assalamualaikum wrt wbt

Hidup ini.....memang penuh dengan ujian. Namun ujian itu bukan untuk kita berasa bahawa hidup kita ini telah berakhir. Ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah swt buat hambaNYA.

Maka teruskanlah hidup ini dengan sabar dan tabah. Dan teruslah untuk mengukir senyuman di bibir. Agar dengan itu segala kebaikan akan menjenguk di jendela kehidupan kita.





Comments

Popular posts from this blog

Menangislah jika itu mampu melegakan... Sewaktu kecil, kita sering menangis. Adakalanya, tangisan tersebut tanpa sebab yang jelas. Suka-suka. Sekadar untuk menarik perhatian. Apabila meningkat remaja kemudian dewasa, kita semakin kurang menangis. Kenapa? Kerana menangis sering dikaitkan dengan  kelemahan, kekurangan dan tiada kecekalan di hati. Adakah ianya benar? Atau bagaimana? Sebenarnya, Tuhan yang menciptakan kita, sangat suka melihat kita menangis sambil merayu-rayu kepadanya. Merayu-rayu tentang kebutuhan hidup. Tidak kira sama ada kehidupan itu, kehidupan di sini mahupun kehidupan sesudah mati yang bersifat infiniti. Sehingga ada yang mencadangkan, jika awalnya kita tidak mampu mengalirkan air mata biar pun setitik...maka seharusnya berlakon sahaja. Lama kelamaan air mata itu, tidak mungkin bisa kau empang. Akan mengalir tanpa kau sedari. Air mata bukan simbol kepada kelemahan tetapi perlambangan kepada sebuah pergantungan harap ke...

Memintalah kepadaNya...

Setiba di kaunter, dua orang lelaki sedang menanti giliran untuk membayar. Bukan sekadar bakul di atas, yang di bawah juga penuh. Kaunter yang beroperasi hanya satu. "Lambatlah sampai rumah ni." Bisik dalam hati. Di kaunter hadapan yang tidak beroperasi, kelihatan seorang pekerja perempuan sedang menyusun beberapa barang. "Ya Allah! Permudahkan. Mudahkanlah." Doa di dalam hati bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, dengan senyuman pekerja tersebut menuju ke arah kaunter di mana saya sedang berdiri. Di ambilnya barangan yang hanya empat ketul...hihihi... Alhamdulillah...3x ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Sekecil apapun permintaan kita terhadapNya tetap Sang Pemberi itu memberi tanpa syarat. Sekalipun kita adalah sang pendosa. Sungguh terima kasih Allah!
UJIAN BUKAN SEKADAR WAKTU-WAKTU SUSAH TETAPI WAKTU YANG LAPANG JUGA UJIAN.    Sebagai manusia, kita sering menganggap ujian itu dari sudut yang negatif. Seperti wang yang tidak mencukupi, mungkin juga gagal dalam peperiksaan ataupun ditimpa sakit.      Ujian bukan sekadar itu, jika mempunyai masa sihat yang tidak dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah atau ke arah kebaikan.....itu juga adalah ujian. Solat yang tidak didirikan pada awal waktu tanpa alasan yang munasabah juga adalah ujian. Apatah lagi jika tidak solat.      Muhasabah diri.....dalam setiap keadaan agar kita benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.