Skip to main content

Posts

UJIAN BUKAN SEKADAR WAKTU-WAKTU SUSAH TETAPI WAKTU YANG LAPANG JUGA UJIAN.    Sebagai manusia, kita sering menganggap ujian itu dari sudut yang negatif. Seperti wang yang tidak mencukupi, mungkin juga gagal dalam peperiksaan ataupun ditimpa sakit.      Ujian bukan sekadar itu, jika mempunyai masa sihat yang tidak dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah atau ke arah kebaikan.....itu juga adalah ujian. Solat yang tidak didirikan pada awal waktu tanpa alasan yang munasabah juga adalah ujian. Apatah lagi jika tidak solat.      Muhasabah diri.....dalam setiap keadaan agar kita benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.

Ujian itu tanda kasih sayang ALLAH swt untuk kita.

Assalamualaikum wrt wbt Hidup ini.....memang penuh dengan ujian. Namun ujian itu bukan untuk kita berasa bahawa hidup kita ini telah berakhir. Ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah swt buat hambaNYA. Maka teruskanlah hidup ini dengan sabar dan tabah. Dan teruslah untuk mengukir senyuman di bibir. Agar dengan itu segala kebaikan akan menjenguk di jendela kehidupan kita.